PENGUNJUNG di sebuah pusat beli-belah digemparkan dengan kemunculan seorang wanita yang hanya memakai baju dalam. Kejadian itu menimbulkan kekecohan sehingga polis menjalankan siasatan. Ia sebenarnya dilakukan oleh seorang pemuda warga Rusia, Ilya Molodtsov, ditemani oleh seorang wanita tidak dikenali berpakaian dalam untuk prank atau gurauan buat pengikutnya di laman sosial TikTok. Hanya berseluar dalam dan memakai bra serta topeng seperti kucing, wanita itu berjalan ke dalam sebuah pusat beli-belah, sehingga menarik perhatian. Kejadian itu dirakamkan di pusat beli-belah 7 Nebo (Cloud Nine) di Nizhny Novgorod, Rusia. Perkongsian yang dibuat Molodtsov ternyata mengejutkan pengikut di laman sosialnya. Molodtsov dikenali membuat rakaman aksi 'gila-gila' termasuk memandu di sepanjang jalan di Nizhny Novgorod dalam kereta kadbod, dan berpura-pura terjun dari tren bawah tanah yang sedang bergerak. - Daily Star