suria

Pakai sut hazmat, 2 lelaki bikin kecoh buat prank tumpahkan cecair ‘Covid-19’ dalam tren

KORONAVIRUS (Covid-19) telah mengakibatkan lebih 1,000 orang maut sejak wabak itu mula menular dari Wuhan, China.

Bagaimanapun, dua pengguna Instagram menjadikan wabak itu dengan membuat gurauan atau prank yang keterlaluan.

David Flores dan Morris Cordewell dari New York, Amerika Syarikat mengejutkan para penumpang sebuah tren bawah tanah di bandar raya itu, selepas membuat penyamaran dengan menumpahkan 'virus' itu di lantai.

Mereka memasuki tren dengan memakai sut hazmat, sambil memegang bekas lutsinar yang mengandungi cecair merah.

Kedua-dua mereka kemudian menumpahkan cecair itu di lantai tren, dengan memberitahu para penumpang bahawa ia adalah koronavirus.

Cecair yang ditumpahkan di lantai tren kononnya koronavirus. Foto morriscornbread/Instagram

Tindakan itu menakutkan kebanyakan penumpang sehingga antara mereka melompat ke atas tempat duduk bagi mengelakkan diri terkena cecair tersebut.

Cecair itu bagaimanapun sebenarnya merupakan air minuman berperisa.

Bercakap kepada Insider, Cordewell berkata: "Separuh daripada mereka takut. Selepas kami kata ia adalah prank, mereka semua ketawa.

"Terdapat seorang wanita duduk di sebelah saya hanya ketawa sepanjang masa.

"Saya tak tahu macam mana dia tahu, tapi dia tahu ia adalah gurauan," katanya. - Mirror

Artikel Lain