suria

Covid-19: Puluhan ribu doktor dikerah ke Hubei

Ribuan doktor dikerahkan ke Hubei, China bagi memerangani wabak baharu itu.

LEBIH 25,000 doktor dari seluruh negeri di China tiba di wilayah Hubei untuk memberi bantuan dalam perjuangan negara itu memerangi wabak Covid-19, kata Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Negara Wang Hesheng.

"Pada masa ini, 217 pasukan perubatan dengan seramai 25,633 doktor telah dihantar ke wilayah Hubei untuk memberikan bantuan perubatan. Jumlah itu tidak termasuk doktor dari angkatan tentera," kata Wang.

Bilangan pasukan perubatan terbesar - 181 pasukan membabitkan 20,374 doktor -  dihantar ke bandar Wuhan, yang menjadi pusat epidemik.

Covid-19 - pertama kali dikesan di bandar Wuhan, China, yang terletak di wilayah Hubei, pada Disember, sejak itu virus telah merebak ke lebih 25 buah negara.

Di tanah besar China, virus itu telah mengakibatkan 1,523 kematian, dengan 66,492 orang dijangkiti. Lebih 1,700 doktor juga dijangkiti, enam daripadanya meninggal dunia.

Pada akhir Januari, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak itu sebagai darurat kesihatan global. - BERNAMA

Covid-19, Hubei, doktor

Artikel Lain