suria

Covid-19: Stok topeng muka habis, wanita terpaksa pakai kostum zirafah untuk ke hospital

SEORANG wanita di Luzhou, China terpaksa memakai kostum zirafah untuk ke hospital kerana bimbang dijangkiti Covid-19.

Menurut wanita itu, dia terpaksa muncul dengan kostum itu kerana stok topeng muka yang kehabisan di kawasan tempat tinggalnya.

Rakaman melibatkan wanita itu turut menjadi tular dan menjadi jenaka netizen.

Tambah wanita itu, dia ke hospital untuk membawa bapanya yang mengalami masalah pernafasan.

Sebagai individu yang sihat, dia juga merelakan diri untuk pergi membantu mengambil ubat bapanya.

"Sudah banyak kali saya pakai kostum ni sebab topeng muka sudah kehabisan," ujarnya.

Dalam pada itu, kilang-kilang di China dilaporkan bekerja lebih masa untuk menghasilkan lebih 20 juta topeng muka setiap hari. - Daily Star.

Covid-19, kostum zirafah, topeng muka

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan