suria

Cinta hujung nyawa, netizen sebak lihat kemesraan pesakit koronavirus

Warga emas itu menyuap makanan kepada isterinya yang terlantar di atas katil hospital.

CINTA hujung nyawa. Begitulah kisah seorang warga emas yang begitu setia menjaga isterinya di hospital mesikipun kedua-duanya dijangkiti koronavirus (Covid-19).

Rakaman video memaparkan kasih sayang pasangan itu ternyata meruntun hati netizen apatah lagi wanita berusia 83 tahun itu turut menghidap penyakit Alzheimer sejak tujuh tahun lalu.

Lelaki berusia 87 tahun itu dilihat cuba menyuap makanan kepada isterinya yang terlantar di atas katil hospital kerana enggan menjamah makanan pada awalnya.

Gelagat kemesraan mereka bermula apabila wanita itu enggan menjamah makanan hingga kakitangan hospital terpaksa meminta bantuan suaminya selepas buntu memujuk warga emas tersebut.

Gelagat kemesraan pasangan warga emas ini mengundang sebak netizen.

Layanan mesra si suami ketika menyuap makanan kepada isterinya bagaimanapun mencuri perhatian kakitangan hospital.

Rata-rata menyifatkan cinta antara mereka sebagai cinta sejati.

Terdapat netizen yang menganggap warga emas tersebut begitu menyayangi isterinya apatah lagi ketika menyaksikan lelaki itu membersihkan mulut dan membetulkan pakaian isterinya.

Rata-rata netizen yang menonton video berkenaan juga menyifatkan pasangan warga emas itu telah membuktikan cinta mereka tetap utuh meskipun sudah dimamah usia. - Line.today

cinta sejati, koronavirus

Artikel Lain