suria

Wajah rosak akibat letupan, impian model jelita musnah sekelip mata

Wajah Delaney yang rosak akibat kejadian malang itu. FOTO: MDWfeatures.

MALANG menimpa seorang model apabila wajahnya cedera dengan kesan melecur tahap tiga akibat letupan dalam sebuah kebakaran.

Kejadian pada November 2014 di Texas, Amerika Syarikat itu juga menyebabkan Delaney Rosey terpaksa menjalani 25 pembedahan.

Malah, kecederaan menyebabkan dia hilang beberapa fungsi normal, memaksa gadis itu belajar untuk berjalan, bercakap dan membuka mulutnya.

"Berbulan-bulan saya di hospital. Belajar menulis, membaca dan membuka mulut.

"Saya rasa keliru. Rasa tak selesa dengan kulit sendiri. Tak mampu keluar tanpa mengenakan sebarang mekap.

"Malah, kanak-kanak juga akan lari selepas melihat wajah saya," katanya.

Kejadian itu turut menyebabkan dia kehilangan kerja sebagai model.

Malah, impiannya untuk menjadi ejen hartanah juga memudar selepas insiden itu. - Daily Star.

model, letupan, kebakaran

Artikel Lain