KEKASIH sejati. Itulah yang dapat digambarkan terhadap seorang suami yang tidak pernah gagal menulis nota cinta setiap hari buat isterinya yang kini menderita penyakit Alzheimer. John Sevanick akan memberikan nota cinta kepada Mary, wanita yang dikahwininya selama 55 tahun setiap pagi semasa bersarapan, bertujuan untuk 'melambatkan' penyakit tersebut. Mary didiagnosis menghidap Alzheimer lima tahun yang lalu, dan masih mengingati John. Pasangan optimis ini bertekad mahu melihat penyakit yang dihidapi Mary sebagai 'pengembaraan baru'. John menambah bahawa penyakit Mary itu telah membantunya untuk melihat bahawa betapa indahnya kehidupan mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pasangan itu sebelum ini gemar menunggang basikal bersama-sama. Demi cinta terhadap Mary, John kini mencipta basikal roda tiga bagi membolehkannya menunggang bersama isterinya itu. - Metro.co.uk