SEORANG doktor pelatih meninggal dunia secara mengejut akibat tercekik selepas makan tiga kek coklat. Ketika insiden berlaku, Alexandra Yudina, 23, dilaporkan mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan makan kek coklat dengan dua yang lain. Rakaman CCTV menunjukkan seorang jurugambar mengambil gambarnya ketika dia tiba-tiba berdiri dalam keadaan tidak stabil. Yudina kemudian sesak nafas sebelum rebah di atas lantai di sebuah bar dekat Moscow. Kakitangan bar terbabit dan rakan-rakannya cuba membantu tetapi tidak berjaya mengeluarkan kek yang tersekat di kerongkongnya. Ambulans tiba di lokasi kejadian tetapi paramedik gagal menyelamatkan gadis itu. Namun rakan kepada Alexandra yang dikenali sebagai Sasha mendedahkan gadis itu disahkan menghidap leukemia enam bulan lalu. - Metro.co.uk