suria

Bayi 4 bulan maut dirogol sepupu semasa kenduri kahwin

Bayi itu dikejarkan ke sebuah hospital di Lucknow, India.

SEORANG bayi perempuan berusia empat bulan meninggal dunia selepas dipercayai dirogol sepupunya berusia 30 tahun.

Kejadian berlaku sewaktu kenduri perkahwinan saudara mereka di Daudnager, India pada malam Ahad.

Sepupunya itu didakwa bertanya kepada ibu mangsa sama ada dia boleh membawa anaknya itu keluar untuk bermain.

Ibu mangsa bersetuju tetapi apabila mereka tidak kembali selepas dua jam, keluarga mula melakukan pencarian.

Namun bayi itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas rumput dekat lokasi majlis perkahwinan berlangsung, lapor Times of India.

Suspek yang hanya dikenali sebagai Pappu melarikan dari lokasi kejadian tetapi berjaya ditahan keesokan harinya.

Bayi itu dikejarkan ke sebuah hospital tetapi disahkan meninggal dunia.

Jurucakap polis berkata ayah kepada bayi itu telah memfailkan dakwaan bahawa anak saudaranya itu telah merogol dan membunuh anaknya.

Ujian bedah siasat akan dilakukan segera bagi mengenal pasti punca sebenar kematian bayi itu. - Mirror.co.uk

rogol, bayi, kenduri kahwin, sepupu

Artikel Berikut

Artikel Lain