suria

Instafamous kongsi foto percutian glamor di Bali, tapi sebenarnya bergambar di Ikea

Natalia memuat naik gambar dirinya seolah-olah sedang bercuti di Bali. Foto natalia_taylor/Instagram

SEORANG Instafamous dari Amerika Syarikat (AS), Natalia Taylor berjaya meyakinkan kira-kira 300,000 pengikutnya dengan posting menunjukkan dia sedang menikmati percutian glamor di Bali, Indonesia.

Bagaimanapun, dia sebenarnya berada di sebuah gedung Ikea berdekatan dengan rumahnya.

Dia yang menetap di California berhati-hati apabila memuat naik siri gambarnya yang dirakamkan di dalam gedung tersebut.

Natalia memastikan semua tanda harga berada di dalam gambar supaya pengikutnya berpeluang untuk mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku.

Namun, tidak ramai menyedarinya.

Natalia memberi penjelasan mengenai motif memuat naik gambar dirinya kononnya bercuti di Bali. Foto natalia_taylor/Instagram

Natalia kemudian menyiarkan video pengakuannya mengenai hal sebenar.

"Ramai influencer 'kantoi' berpura-pura pergi bercuti.

"Membuat photoshop diri mereka sendiri ke dalam sekeping gambar atau berkongsi posting yang bukan pun tentang diri mereka.

"Saya mahu menguji pengikut-pengikut saya untuk melihat berapa ramai yang dapat mengesan saya sebenarnya berpura-pura pergi bercuti," katanya.

"Motif video ini adalah untuk menunjukkan yang kita mudah memperdayakan orang lain untuk berfikir mengenai kamu, sedangkan ia bukanlah diri kamu sebenarnya," tambahnya. - Daily Star

Artikel Lain