suria

Terlepas hukuman mati di negara sendiri, pasangan lesbian Arab Saudi isytihar cinta selepas lari ke UK

Fad dan Nanz meninggalkan negara itu pada Ogos 2018.

PASANGAN lesbian dari Arab Saudi yang terlepas menerima hukuman mati di negara itu mengisytiharkan kisah cinta mereka menerusi televisyen selepas melarikan diri ke United Kingdom (UK).

Menggunakan nama Fad dan Nanz, mereka meninggalkan negara itu pada Ogos 2018.

Muncul dalam sebuah program televisyen berbahasa Arab, Jaafar Talk, mereka mendedahkan kisah cinta itu bermula dengan perkenalan dalam aplikasi Snapchat.

Kata Nanz, dia mula mengetahui kecenderungan seksualnya sewaktu masih awal remaja.

Mereka berdua kemudiannya diberi perlindungan suaka di UK selepas diusir keluarga akibat mendedahkan naluri sebenar sebagai lesbian.

Tembubual tersebut turut menarik perhatian ramai individu.

Malah, pelbagai komen diberi bagi mengulas hubungan pasangan itu.

Selain Arab Saudi, Afghanistan, Iraq, Pakistan dan Sudan antara negara yang menjalankan hukuman mati kepada golongan homoseksual. - Daily Star.

lesbian, Arab Saudi

Artikel Lain