SEORANG jurugambar hidupan liar mahu melihat anak anjing laut yang dilahirkan di sebuah pantai di La Jolla, California di Amerika Syarikat. Namun, sekumpulan burung camar yang sedang bergaduh kerana merebut sesuatu menarik perhatiannya. Penemuan itu kelihatan seperti satu bentuk sisa plastik pada mulanya. Bagaimanapun, selepas rakaman itu dibuat secara dekat, dia terkejut apabila benda yang menjadi serangan burung-burung itu merupakan alat permainan seks. "Sebelum saya tahu apakah itu, saya pada mulanya agak marah kerana pencemaran plastik merupakan satu masalah yang amat serius. "Dan sebagai seorang jurugambar untuk pemuliharaan alam sekitar, saya membuat rakaman mengenai kesan manusia kepada hidupan liar. "Tapi sebaik saya menyedari benda tersebut, saya tidak mampu menafikan ia sesuatu yang melucukan," katanya kepada blog teknologi, Gizmodo. - Daily Star