suria

Misi mahu buktikan ‘bumi bersifat rata’ tak kesampaian, lelaki maut selepas roket buatannya terhempas

Mike meninggal dunia selepas roket buatannya terhempas sejurus berlepas ke ruang angkasa Barstow, California. Foto: AP

SEORANG juruterbang Amerika Syarikat (AS) meninggal dunia selepas roket buatannya terhempas sejurus berlepas ke ruang angkasa.

Mike Hughes, 64, melancarkan roket tersebut kerana mahu melihat sama ada bumi berbentuk bulat (globe) atau rata.

Dalam satu rakaman yang tular, ia menunjukkan roket berkuasa stim buatan Mike menembusi ruang angkasa Barstow, California, sebelum jatuh ke tanah sejurus selepas berlepas.

Payung terjun Mike turut kelihatan namun ia jatuh ke tanah tanpanya.

Laman Twitter The Science Channel mengesahkan berita tragis itu dengan menulis: "Michael Hughes meninggal dunia secara tragis hari ini (Ahad) semasa cuba melancarkan roket buatannya".

Mike dikenali di peringkat antarabangsa apabila dia mengumumkan hasrat untuk membuktikan teori bahawa bumi bersifat rata.

Pelancaran pertama roketnya berjaya dilakukan pada 24 Mac 2018, di mana ia mencapai ketinggian 1,875 kaki (572 meter) sebelum mendarat di Gurun Mojave. - Metro.co.uk

roket buatan, terhempas, bumi, rata

Artikel Lain