suria

Covid-19: Jururawat hanya cium anak menerusi pintu kaca selepas berjauhan selama 26 hari

Rakaman ibu dan anaknya ini benar-benar menyentuh emosi.

SEORANG jururawat yang tidak bertemu dengan anaknya selama sebulan mencium anaknya itu melalui pintu kaca kerana bimbang dijangkiti koronavirus (Covid-19).

Chen Ruixue bertugas di sebuah hospital di Xinyang, China sejak penularan wabak baru itu.

Wanita itu berjauhan dengan keluarganya selama 26 hari dan kembali ke rumah mereka pada 24 Februari lalu untuk mengambil pakaiannya.

Namun dia sempat bertemu dengan anak lelakinya tetapi menerusi cara yang menyentuh emosi.

Dia dirakam mencium anak lelakinya berusia setahun menerusi pintu kaca.

Wanita itu antara ribuan jururawat yang bertugas untuk memerangi wabak berbahaya itu.

Lebih 14,000 jururawat dikerahkan ke sekitar Wuhan untuk merawat pesakit yang dijangkiti Covid-19.

Di China, 433 kes positif Covid-19 dilaporkan dengan 29 disahkan maut. - Mirror.co.uk

Covid-19, pintu kaca, jururawat

Artikel Lain