TERIMA padah gara-gara bersikap panjang tangan. Itulah yang berlaku ke atas seorang pembantu guru yang digantung tugas selama 15 bulan akibat mencuri garfu di di gedung Ikea. Michelle Nugent, 54, pada waktu itu membawa sekumpulan murid dalam lawatan sekolah ke gedung perabot berkenaan di Cardiff, United Kingdom. Mengakui sesal dengan perbuatan itu, dia berjanji tidak akan mengulanginya lagi. "Saya hanya ambil enam atau lapan. Tak banyak sebab tak jumpa yang lain lagi untuk beli. "Saya minta maaf. Saya sedar ia perbuatan bodoh dan tak akan lakukannya lagi," ujar Nugent. Perbuatan itu ternyata padah apabila dia digantung tugas dan hanya boleh membuat permohonan semula pada tahun 2021. Namun, hubungan baiknya dengan murid tetap dipuji pentadbir sekolah dan disifatkan sebagai kakitangan yang cukup kreatif. - Daily Star.