suria

Risau lihat 15 missed call ibu, gadis ikut laluan pintas ke rumah maut dirempuh kereta api

Mary menerima panggilan telefon ibunya sebanyak 15 kali membuatkannya berasa cemas.

SEORANG gadis maut selepas dilanggar sebuah kereta api ketika mengambil jalan pintas untuk pulang ke rumah.

Mary Beary, 16 yang pulang dalam keadaan tergesa-gesa dilaporkan meninggal dunia pada 30 Julai 2019 di Broxbourne, Hertfordshire,

Perbicaraan mengenai kematiannya diadakan pada Rabu di Mahkamah Hertfordshire Coroner, Hatfield.

Mary dan ibunya, Pamela telah pergi ke bandar untuk membuat rawatan kecantikan kening, bulu mata dan kuku.

Menurut Pamela, pada hari kejadian, dia telah menghabiskan masanya seharian bersama Mary dan anaknya kelihatan ceria seperti biasa.

"Selepas pulang ke rumah, Mary pergi ke karavan tidak jauh dari rumah mereka untuk membuat rakaman dirinya menyanyi.

Tindakan Mary mengambil jalan pintas dengan melintasi laluan kereta api mengundang padah buatnya. Foto: BPM Media

"Kira-kira jam empat petang dia memberitahu pergi ke rumah kawan yang terletak berhampiran dengan rumah keluarganya," ujar Pamela.

Sekitar jam 8:30, Pamela berasa tidak sedap hati dan cuba menghubungi anaknya sebanyak 15 kali namun tidak dijawab.

Teman lelaki Mary, Jerry Saunders memberitahu dia mengambilnya di sebuah tempat letak kereta pada jam empat petang.

Jerry juga memberitahu Mary kelihatan ceria semasa mereka makan di Nando's.

Selepas makan, kami pergi semula ke van dan berbual dalam 40 minit mengenai hubungan kami serta perancangan untuk berkahwin.

Mary dalam keadaan tergesa-gesa bergegas pulang selepas menerima panggilan telefon dan mesej daripada ibunya.

Penduduk setempat meletakkan jambangan bunga sebagai tanda penghargaan kepada Mary. Foto: BPM Media

David Udomhiaye, pegawai polis yang bertugas dalam siasatan tersebut menunjukkan rakaman kamera litar tertutup ketika kejadian berlaku.

"Pada jam 9:57 malam dilihat masuk ke stesen kereta api dan seminit kemudian dia dilihat melintasi laluan tersebut bersama telefon di tangannya.

"Dia mengambil keputusan lalu di lintasan kereta api sebagai jalan pintas untuk pulang ke rumah," ujar Udomhiaye.

Hasil siasatan mendapati kejadian merupakan insiden mengejut. - Daily Star

Mary, kereta api, jalan pintas

Artikel Lain