SEORANG wanita muda menerima 26 jahitan di bahagian mukanya selepas ditoreh oleh samseng, dalam cubaan untuk mempertahankan rakannya. Insiden berlaku ketika lewat malam sewaktu malam Hari Krismas pada 2018 di sebuah bar, di mana mangsa terdengar perbualan telefon di antara samseng berkenaan yang mengancam salah seorang rakannya. Mangsa, seorang wanita berusia 22 tahun, bertindak mempertahankan rakannya namun samseng yang dikenali sebagai Keelan Burke, 24, menumbuknya di bahagian muka dan mencurahkan minuman kepadanya. Rakan-rakan wanita tersebut yang berada di situ kemudian bersemuka dengan Burke di luar bar. Pada ketika itulah, Burke bertindak menoreh muka wanita berkenaan di mana luka torehan itu sepanjang tujuh inci. Burke segera melarikan diri selepas melakukan serangan berkenaan dan dipercayai pergi ke Scotland. Bagaimanapun, dektektif berjaya mengesannya menerusi analisis daripada telefon bimbit. Pada 5 Januari lalu, Burke, dari Willenhall, ditangkap di luar sebuah kelab malam. Dia dibicarakan di Mahkamah Wolverhampton dan dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara di atas kesalahan tersebut. - Metro.co.uk