suria

Netizen kecam majikan syarikat minyak paksa pekerja jadi maskot 'hand sanitizer'

Tindakan tersebut disifatkan agak keterlaluan oleh netizen.

SEORANG pekerja dipaksa majikannya menjadi maskot cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer ketika wabak koronavirus (Covid-19) membimbangkan seluruh dunia.

Lelaki itu yang juga kakitangan di sebuah syarikat minyak di Arab Saudi, Saudi Aramco dirakam di sebuah pejabat memakai maskot itu siap lengkap bertopeng mulut.

Namun tindakan itu dikecam netizen yang menyifatkan perbuatan itu agak keterlaluan dan dilakukan tanpa kelulusan syarikat.

Susulan itu Saudi Aramco mengesahkan telah mengambil tindakan sewajarnya untuk mengelak perkara sama berulang lagi.

"Mengenai gambar yang tular di media sosial yang memaparkan seorang pekerja kami menjadi maskot cecair pembasmi kuman di dalam pejabat kami.

"Kami tidak bersetuju dengan tindakan tersebut untuk menekankan kepentingan menjaga kebersihan. Syarikat menghentikan perbuatan ini dan tindakan sewajarnya telah diambil," katanya dalam kenyataan. - Dailystar.co.uk

Artikel Lain