suria

Mahu ‘karbohidrat berganda’, wanita cetus kontroversi hidang sandwic mi segera

Sajian sandwic mi segera memberi kepuasa kepada seorang wanita. Foto Facebook / Mirror UK

SEORANG wanita mengejutkan netizen apabila memuat naik foto hidangan 'karbohidrat berganda' untuk makan malamnya.

Menerusi foto tersebut, individu yang tidak dikenali itu menunjukkan mi segera yang dimasakkan diletakkan antara dua keping roti yang disapu mentega.

Menjangkakan kejutan daripada sandwic mi segeranya, wanita itu berkata: "Suka atau bencinya, 100 peratus daripada saya, yummy."

Selepas berkongsi posting pada halaman Facebook Feeding a Family for £1 a Day, ia meraih pelbagai reaksi sehingga mendapat lebih 1,300 tanda suka.

Menurut laporan The Sun, hidangan itu juga sebenarnya mampu memberi kepuasan kepada segelintir netizen meskipun ada yang tidak menyukainya.

"Suka sandwic mi segera, malah lebih baik daripada makan bersama keju," kata seorang netizen.

"Oh dah lama tak rasa, nak pergi beli mi segera. Rasanya melazatkan," komen netizen yang lain. - Mirror

sandwic, mi segera, karbohidrat

Artikel Lain