PASANGAN suami isteri yang berkahwin selama lebih 60 tahun, meninggal dunia hanya beberapa jam antara satu sama lain, selepas dijangkiti Covid-19. Severa Belotti, 82, dan Luigi Carrara, 86, tinggal di bandar Albino, di wilayah Bergamo di utara Itali dilaporkan menghabiskan lapan hari di rumah dan mengalami demam. Mereka akhirnya dibawa ke Hospital Bergamo minggu lalu. Bagaimanapun, bercakap kepada akhbar tempatan Corriere della Sera, anak pasangan itu, Luca Carrara berkata, ibu bapa mereka meninggal dunia di hospital. "Orang yang kamu sayangi bersendirian dan kamu tidak dapat mengucapkan selama tinggal, peluk mereka atau cuba memberi keselesaan," katanya. Menulis posting di media sosial, anak lelaki kepada pasangan itu berkata: "Hai ibu dan ayah, virus jahat ini membuat anda meninggal dunia pada hari yang sama. Semuanya diakhiri tanpa satu pelukan." Luca, yang kini menjalani kuarantin sendiri bersama keluarganya. Dia tidak dapat melihat mayat ibu bapanya kerana ia telah dibawa terus ke tanah perkuburan untuk upacara dikremasi, susulan angka kematian akibat virus itu yang meningkat. - Mirror