suria

Kapal persiaran mungkin jadi ‘hospital terapung’ jika bilangan pesakit Covid-19 meningkat

Syarikat kapal Saga turut menawarkan kemudahan mereka untuk membantu pasukan perubatan negara itu dalam berhadapan wabak berkenaan. foto Getty.

KAPAL PERSIARAN Spirit of Discovery dan Saga Sapphire yang berlabuh di Pelabuhan Tilbury, England mempunyai kapasiti mencukupi untuk menampung ribuan pesakit Covid-19.

Jika bilangan pesakit terus meningkat, idea menjadikan kapal berkenaan sebagai 'hospital terapung' mungkin akan dilaksanakan.

Malah, syarikat kapal Saga turut menawarkan kemudahan mereka untuk membantu pasukan perubatan negara itu dalam berhadapan wabak berkenaan.

Namun sehingga kini, tiada sebarang keputusan dibuat untuk menggunakan kapal sebagai pusat rawatan pesakit Covid-19.

Di London misalnya, berlaku kekurangan fasiliti termasuklah katil di Unit rawatan Rapi (ICU) ekoran pertambahan bilangan pesakit.

Malah, situasi kritikal sejak Jumaat memaksa pesakit dipindahkan ke beberapa hospital berdekatan yang lain. - Daily Star.

kapal persiaran, hospital

Artikel Lain