suria

Lelaki jilat barang ‘toiletries’ di pasar raya sambil jerit ‘siapa yang takut dengan koronavirus’ kini sedang diburu

Lelaki ini sedang diburu selepas klip rakamannya sedang menjilat barangan di sebuah pasar raya menjadi tular di Twitter. Foto: Metro.co.uk

JIJIK! Itulah yang dapat digambarkan menerusi satu video yang memaparkan seorang lelaki bertindak menjilat barang-barang penjagaan peribadi (toiletries) di sebuah pasar raya.

Dalam video berdurasi lima saat yang kini tular di Twitter itu, lelaki berkenaan berkata 'siapa yang takut dengan koronavirus' dan kemudian menjilat barang-barang yang ditempatkan di rak.

Lelaki itu, yang dipercayai berasal dari Missouri, Amerika Syarikat (AS), secara sengaja melakukan perbuatan jijik tersebut sambil melihat kamera.

Dia kini sedang diburu selepas rakaman itu dikongsi dan diulang kicau (retweet) di Twitter.

Rakaman itu muncul selepas seorang lelaki ditangkap di Belgium kerana menjilat jari-jarinya dan mengelapnya di atas pemegang tangan di dalam sebuah pengangkutan awam.

Virus Covid-19 boleh hidup di atas permukaan antara beberapa jam hingga beberapa hari,  bergantung kepada bahan dan material, kata para penyelidik. - Metro.co.uk

jilat, toiletries, pasar raya

Artikel Lain