suria

Covid-19: Poland mahu cadangkan banduan jalani hukuman penjara di rumah

Poland berkemungkinan memberi kelonggaran untuk banduan menjalani hukuman penjara mereka di rumah, ekoran peningkatan kes wabak Covid-19. Foto: REUTERS/Axel Schmidt

BANDUAN di Poland berkemungkinan diberi kelonggaran untuk menjalani hukuman penjara mereka di rumah, ekoran peningkatan kes wabak Covid-19.

Perkara itu merupakan usul di bawah kementerian kehakiman, di mana sekiranya diluluskan, ia bakal memberi 'keistimewaan' kepada lebih 20,000 banduan di negara itu.

Bagaimanapun belum dapat dipastikan bilakah draf cadangan akan diwartakan kepada undang-undang.

Dilaporkan, terdapat segelintir banduan sudah dibenarkan menjalani hukuman di rumah di bawah pengawasan elektronik.

"Kami mencadangkan untuk menaikkan tempoh hukuman di bawah sistem pengawasan elektronik sehingga 18 bulan," kata kementerian kehakiman dalam satu kenyataan.

Poland setakat ini melaporkan 684 kes Covid-19, termasuk lapan kematian.

Kerajaan juga telah menutup sekolah, panggung wayang dan tempat-tempat awam lain, selain mengharamkan kemasukan orang asing ke negara itu.

Kerajaan juga menggesa rakkyat Poland untuk tinggal di rumah. - THE STAR

banduan, Poland, hukuman, penjara

Artikel Lain