suria

Sanggup belanja puluhan ribu jalani pembedahan eye bag akibat kerap tonton Netflix

Golongan muda kerap terdedah kepada gejala eye bag.

PAKAR bedah melakukan pembedahan eye bag atau lingkaran gelap bawah mata terhadap seorang individu berusia bawah 30 tahun kerana terlalu kerap menonton Netflix dan berjaga hingga lewat malam.

Individu terbabit dilaporkan membelanjakan sekitar 6,000 pound sterling (RM30,982) untuk rawatan kosmetik tersebut.

Pakar berkata peningkatan sebanyak 30 peratus untuk pesakit bawah 30 tahun menerima rawatan tersebut adalah kerana terlalu kerap melihat skrin.

Sabrina Shah-Desai, pakar bedah di sebuah pusat rawatan estetik di Harley Street, London mendedahkan kekurangan tidur dan melihat skrin terlalu kerap antara punca eye bag.

"Saya fikir media sosial memainkan peranan dengan Instagram menjadikan individu kelihatan sempurna, bermakna orang muda mempunyai jangkaan lebih tinggi," katanya.

NHS hanya akan menampung kos pembedahan mata jika penglihatan seseorang terjejas akibat masalah pada kelopak mata. - Dailystar.co.uk

Netflix, eye bag, mata panda

Artikel Lain