suria

Kerana Covid-19, panggung wayang pandu masuk Seoul 'diserbu'

Tiket habis dijual pada hujung minggu sepanjang merebaknya Covid-19.

DERETAN kenderaan kelihatan di depan panggung wayang pandu masuk di Seoul, antara langkah Korea Selatan mewujudkan suasana ceria tanpa risiko susulan wabak Covid-19.

Setakat Ahad, negara itu mencatatkan 8,879 kes virus berkenaan sekali gus mendorong pihak berkuasa melarang orang ramai berkumpul.

Bagaimanapun, di panggung wayang pandu masuk Park Dong-ju, penggemar filem menghabiskan masa menonton dari dalam kenderaan mereka yang diparkir di depan layar gergasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis, tentera kawal pasar dan pasar raya, masuk berperingkat elak sesak - Ismail Sabri

"Berlaku peningkatan antara 10 hingga 20  peratus jualan pada hari biasa dan tiket habis dijual pada hujung minggu, katanya sambil menambah pihaknya turut menerima panggilan dan pertanyaan menerusi Internet susulan wabak Covid-19.

Laman web panggung wayang pandu masuk yang dikendalikan Park menunjukkan iklan bertulis "Dibuka sepanjang tahun", sesuatu yang berbeza susulan penutupan beberapa perniagaan akibat wabak berbahaya itu.

Pekerja hospital, Choi Jin-young berkata, dia perlu menunggu dua jam untuk mendapatkan tiket.

"Saya dan teman lelaki memilih panggung wayang pandu masuk ini kerana ia lebih selamat berbanding di dalam bangunan," katanya yang berusia 21 tahun.

Bagi Park Ji-seung, 24, pula dia enggan melakukan aktiviti di luar rumah kerana wabak Covid-19 dan merasakan lebih selamat menonton filem di panggung wayang pandu masuk ini.- BangkokPost.com

Seoul, Park, Covid-19

Artikel Lain