suria

Lelaki positif Covid-19 batuk depan muka jururawat sebelum larikan diri

Lelaki tersebut bertindak agresif sebelum melarikan diri dari hospital.

SEORANG pesakit koronavirus (Covid-19) dilaporkan batuk di hadapan muka seorang jururawat sebelum bertindak melarikan diri.

Polis sedang menyiasat insiden di Gardai dekat Ireland selepas lelaki terbabit hadir ke sebuah hosptal di Dublin.

Difahamkan lelaki itu datang ke hospital tersebut selepas menunjukkan simptom jangkitan Covid-19.

Menurut laporan Irish Sun, lelaki itu meminta ujian saringan dilakukan ke atas dirinya dan diberikan topeng muka.

Namun lelaki itu kemudian bertindak agresif dengan menjerit ke arah pekerja barisan hadapan sebelum ditempatkan di bilik isolasi untuk pemeriksaan doktor.

Pesakit dimaklumkan bahawa dia dibenarkan pulang dan ujian akan dilakukan di rumahnya.

Namun dia tidak bersetuju dan berteriak kepada jururawat dan batuk di depan mukanya sebelum melarikan diri dari hospital.

Akibatnya jururawat tersebut terpaksa ditempatkan di wad isolasi. - Dailystar.co.uk

batuk, jururawat, Covid-19

Artikel Lain