SEORANG lelaki ditahan selepas berjalan di sebuah pasar raya sambil menjerit kuat mendakwa dirinya dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19). Justin Rhodes, 31, turut membuat siaran langsung (live) perbuatannya itu di sebuah pasaraya di Albermarle, Utara Carolina minggu lalu. Tindakannya itu mencetuskan panik dikalangan pengunjung pasar raya terbabit. "Disahkan positif koronavirus. Sudah tentu diminta untuk melakukan kuarantin di rumah selama 14 hingga 21 hari. "Tekak saya sedikit gatal tetapi saya tidak batuk," jeritnya dalam live tersebut. Video palsu itu bagaimanapun sampai ke pengetahuan pihak polis. Pegawai polis mengenal pasti Rhodes dari rakaman video yang tular itu dan dia ditahan pada Jumaat lalu. Polis mendedahkan video tersebut sebagai palsu dan Rhodes disahkan negatif Covid-19. - Metro.co.uk