suria

Peminat dakwa kartun Simpsons siaran tahun 1993 sudah ramal Covid-19

Episod pada tahun 1993 didakwa sudah meramalkan pandemik global yang berlaku pada hari ini.

SEPANJANG empat dekad ia disiarkan, siri animasi The Simpsons banyak memaparkan episod yang seolah-olah sudah meramalkan pelbagai kejadian di dunia pada hari ini.

Memaparkan karakter seperti Homer, Marge, Bart, Lisa dan Maggie, siri itu acap kali menjadi tajuk berita apabila kisah yang disiarkan menjadi nyata beberapa tahun kemudian.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat kematian ke-16 akibat Covid-19

Terbaharu, peminat mendakwa siri itu sudahpun membuat ramalan mengenai koronavirus atau Covid-19 menerusi episod pada tahun 1993.

Episod dalam musim keempat itu memaparkan pandemik global yang memaksa orang ramai membuat pengasingan diri.

Pembaca berita bersiaran dari rumah akibat pandemik global yang melanda.

Dalam episod itu juga, ia memaparkan pembaca berita Kent Brockman membuat siaran dari rumah gara-gara perintah berkurung.

Siaran berita itu melaporkan "Selsema Osaka" iaitu penyakit dari Jepun.

Ia kemudiannya merebak ke Springfield sehingga ramai jatuh sakit, manakala yang lain perlu berada di rumah.

Covid-19 bagaimanapun berasal dari Wuhan, China, 2,000 kilometer dari Osaka. - Daily Star.

The Simpsons, Covid-19, ramalan

Artikel Lain