suria

Ahli bina badan tunda majlis kahwin dengan patung gara-gara Covid-19

Yuri bersama patung yang bakal dikahwininya.

LAIN manusia lain citarasanya.

Namun, citarasa lelaki ini ternyata berbeza dari kebanyakan orang biasa, malah boleh dianggap luar biasa dan tidak masuk akal.

Yuri Tolochko, seorang ahli bina badan dari Kazakhstan mengakui menjalinkan hubungan dengan patung perempuan bersaiz dewasa.

Malah, dia juga sudah menetapkan tarikh perkahwinannya dengan patung itu pada 27 Mac.

Malangnya, majlis kahwin itu terpaksa ditunda kerana penularan wabak Covid-19 pada ketika ini.

Dia turut berkongsi kisah itu di Instagram dan kini sedang menjalani isolasi diri di rumah.

Berita itu pantas mendapat perhatian ramai, tak kurang juga yang meninggalkan pelbagai komen.

"Kesiannya, kami menanti perkahwinan kamu.

"Tak sabar tunggu hari bersejarah anda," tulis beberapa peminat.

Kata Yuri lagi, dia sebenarnya sudah merancang majlis itu sejak Disember tahun lalu.

Malah, dia juga bercadang membeli rumah baharu selepas berkahwin kelak. - Daily Star.

Covid-19, patung, ahli bina badan

Artikel Lain