suria

Diberitahu ‘terlalu muda untuk mati’, cef maut akibat Covid-19

Luca Di Nicola, 19, bekerja di sebuah restoran di utara London sebelum rebah. Foto lastampa.it

SEORANG cef yang sangat sihat di London, United Kingdom maut akibat jangkitan Covid-19.

Kematiannya itu selepas dimaklumkan bahawa dia terlalu muda untuk mati dan tiada apa yang perlu dibimbangkan.

Luca Di Nicola, 19, meninggal dunia di London pada Selasa lalu.

Pembantu cef yang berasal dari Nereto di tumur Itali itu, berkhidmat di restoran keluarga di Enfield, di utara London, bersama ibunya, Clarissa.

Keluarganya, mereka mengesyaki pemuda itu mempunyai simptom-simptom sebelum meninggal dunia.

Bercakap kepada penerbitan Itali, La Repubblica, ibu saudara Luca, Giada berkata: "Selama seminggu sebelum pemergiannya, Luca mengalami demam dan batuk.

"Kakak ipar saya, Clarissa dan pasangannya yang tinggal bersama juga mengalaminya.

"Tapi keadaan Luca semakin merosot pada 23 Mac. Doktor melawatnya di rumah dan memberitahu dia muda, kuat dan tidak perlu bimbang dengan selesema yang teruk," kata Giada.

Kesihatan Luca semakin merosot dan mula mengalami sakit dada sebelum rebah.

Luca dikejarkan ke hospital ke unit rawatan rapi di Hospital North Middlesex di London, sebelum disahkan meninggal dunia satu setengah jam selepas itu. - Daily Star


cef, Covid-19, mati, maut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan