SEORANG penyampai radio (DJ) yang bertarung melawan penyakit leukemia selama dua tahun, meninggal dunia akibat Covid-19 selepas memberitahu doktor untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Liam Downing meninggal dunia kerana kanser darah dan Covid-19, beberapa hari selepas menyambut hari ulang tahun ke-30. Dia dimaklumkan bahawa tiada harapan untuk doktor mengubati penyakit kansernya dan memilih untuk menghabiskan masa di rumah. Keluarganya tidak dapat menjangkakan berapa lama Liam dapat bertahan, tetapi berharap beberapa bulan lagi. Kakaknya, Laura diberitahu bahawa Liam tidak mahu menjadi beban di hospital dan memberitahu pegawai perubatan untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Malangnya, Liam dimasukkan ke hospital kerana disyaki Covid-19. Liam menyambut hari ulang tahun ke-30 pada 23 Mac. Bagaimanapun, Liam meninggal dunia empat hari kemudian, akibat Covid-19. - Daily Star