suria

Akibat Covid-19, Indonesia isytihar darurat kesihatan

Pertubuhan Palang Merah berpakaian perlindungan lengkap menyembur bahan nyah kuman di sekitar bandaraya Jakarta.

PRESIDEN Indonesia Joko Widodo hari ini mengisytiharkan darurat kesihatan awam nasional susulan pandemik Covid-19 yang melanda negara itu.

Jokowi juga mengumumkan langkah-langkah untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah.

Langkah itu termasuk memperluaskan kebajikan sosial, bantuan makanan dan memberi diskaun tarif elektrik serta pengecualian bayaran, katanya.

Sebelum ini, Indonesia juga telah melarang kemasukan dan transit oleh warga asing di negara itu sebagai langkah mengekang penularan Covid-19.

Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada mereka yang memiliki permit tinggal dan kunjungan diplomatik.

Kerajaan menyasarkan untuk menguatkuasakan peraturan berkenaan hari ini.

Indonesia juga akan memperketatkan saringan untuk warganya yang pulang dari luar negara.- Reuters









Indonesia, darurat, Covid-19

Artikel Lain