SEORANG lelaki meninggal dunia selepas rebah semasa beratur untuk memasuki sebuah pasar raya. Kejadian berlaku ketika perintah berkurung akibat penularan wabak Covid-19. Mangsa yang tidak dikenal pasti identitinyam rebah dekat pasar raya di Ware, Herts, di England, pada Isnin. Pasar raya itu memperkenalkan pendekatan penjarakan sosial atau social distancing, bagi mencegah jangkitan Covid-19. Pasukan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian, dengan seorang saksi menyifatkan insiden tersebut amat menyayat hati. Bercakap kepada Hertz Live, mereka berkata, pengunjung lain cuba untuk membantu lelaki berkenaan sebelum ketibaan ambulans. - Daily Star