SEORANG doktor di Wuhan, antara yang pertama memberi amaran kepada doktor lain tentang penularan wabak koronavirus dialporkan hilang. Ia mencetuskan kebimbangan bahawa dia telah ditahan. Dr Ai Fen berkata dia berdepan dengan ‘keadaan tak pernah berlaku, menerima teguran sangat kasar’ daripada pegawai di Wuhan Central Hospital selepas berkongsi gambar laporan pesakit berlabel ‘koronavirus SARS’. Gambar itu tersebar secara meluas apabila penyebar maklumat Dr Li Wenliang yang mencetuskan penggera tentang virus itu, yang kini telah membunuh lebih dari 41,000 orang di seluruh dunia. Dr Li ditegur oleh pihak berkuasa kerana ‘secara tidak sah menyebarkan maklumat tidak benar dalam talian’. Dr Ai dalam temubualnya dengan majalah di China mengkritik pengurusan hospital kerana menolak amaran awal koronavirus tetapi sejak itu dia belum dapat dilihat, 60 Minutes Australia melaporkan. Selepas program berbentuk siasatan itu disiarkan, akaun Weibo doktor itu berkongsi posting gambar dengan kapsyen 'Sungai. Jambatan. Jalan. Jam berbunyi’, lapor RFA. Dr Ai Fen dilaporkan hilang. Khabar angin tentang kehilangannya timbul selepas kritikan ditujukan kepada kerajaan China kerana berbohong dan menutup maklumat penting hampir setiap peringkat mengenai tindak balasnya terhadap koronavirus. Beijing pada mulanya cuba menutup wabak itu dengan menghukum doktor yang menemuinya, menafikan ia dapat menjangkiti sesama manusia dan melambatkan ‘lockdown’ di kawasan yang terjejas, sekali gus melenyapkan peluang awal untuk mengawal penyebaran. Kemudian, apabila virus mula tersebar Parti Komunis menyekat maklumat awam mengenainya dan menyebarkan maklumat lain termasuk tentera AS mungkin merupakan pembawa awal wabak. Dalam temubualnya, Dr Ai juga mengaku 'kesal kerana tidak bercakap lebih banyak' selepas empat rakannya, termasuk Dr Li meninggal dunia semasa memerangi wabak itu. “Jika saya tahu apa yang akan berlaku hari ini, saya tak akan peduli tentang teguran tersebut. Saya akan beritahu sesiapa saja dan di mana sahaja saya mahu,” kata Dr Ai. Wawancara itu disiarkan pada Selasa tetapi segera ditarik balik daripada media sosial oleh penerbitnya, Majalah People (Renwu). Pada 30 Disember, Dr Ai menerima laporan pesakit berlabel ‘koronavirus SARS'. Dia berkata ketika itu dia berpeluh sejuk selepas membaca keputusan makmal beberapa kali. Dr Ai berkata dia memaklumkan pihak berkuasa hospital mengenai kes itu. Dr Li Wenliang yang mencetuskan penggera tentang virus itu. “Pada petang itu, perkara ini telah dikongsi di banyak tempat dengan tangkapan skrin laporan bulatan merah yang saya buat. “Antara platform perkongsian termasuklah kumpulan chat yang mana Li Wenliang berkongsi maklumat tersebut. Saya fikir sesuatu yang buruk akan berlaku.” Dua hari kemudian, dia dipanggil oleh ketua jawatankuasa pemeriksaan disiplin hospital dan dia secara kasar dituduh tidak profesional. “Saya terkejut. “Apa yang saya buat salah? Mengetahui fakta bahawa virus penting ditemui pada pesakit, bagaimana saya nak sembunyi apabila doktor lain bertanya mengenainya?,” katanya. Ahli Oftalmologi Li Wenliang adalah antara lapan orang yang berkongsi gambar Dr Ai sebelum ditegur oleh polis dan dituduh menyebarkan berita palsu kerana memberi amaran kepada orang ramai mengenai 'SARS di pasar makanan laut Wuhan' di media sosial. Berusia 34 tahun, dia meninggal dunia akibat penularan maut itu. Tiga doktor lain juga meninggal dunia akibat penyakit itu semasa memerangi wabak tersebut. -Mail Online