suria

Raja Thailand kuarantin diri di hotel mewah ditemani 20 gundik

Rama X tidak kelihatan di khalayak ramai di Thailand sejak Februari lalu.

RAJA Thailand menjalani isolasi di sebuah hotel mewah di selatan Jerman bersama beberapa petugasnya termasuk 20 gundik.

Maha Vajiralongkorn atau dikenali sebagai Raja Rama X diberi kebenaran khas untuk menempah keseluruhan Grand Hotel Sonnenbichl di Bavaria meskipun perintah berkurung sedang dikuatkuasakan di negara itu.

Difahamkan Rama X tidak muncul di khalayak ramai di Thailand sejak Februari lalu.

Sebahagian wilayah di Thailand mula menjalni perintah berkurung kerana kematian akibat wabak Covid-19 meningkat kepada sembilan orang manakala pesakit dijangkiti kini seramai 1,524 orang.

Hotel itu terletak di resort ski Garmisch-Partenkrichen.

Biarpun peka undang-undang yang membolehkan rakyatnya dipenjara 15 tahun jika menghina keluarga diraja, mereka tetap meluahkan rasa berang dengan tindakan tersebut di media sosial. - Metro.co.uk

Raja Thailand, Rama X, isolasi, Covid-19

Artikel Lain