suria

Saintis dakwa temui virus Covid-19 jenis baharu bertahan 49 hari, lebih sukar untuk dipulihkan

Penyelidik mendakwa menemui jenis Covid-19 jenis baharu yang membuatkan pesakit mempunyai simptom ringan tetapi lebih sukar untuk pulih. -foto AP

KUMPULAN penyelidik dari China mendakwa menemui jenis baharu Covid-19 selepas seorang pesakit mengalami jangkitan selama 49 hari.

Mereka berkata, lelaki berusia pertengahan tahun itu yang perlu disuntik dengan darah mangsa koronavirus yang terselamat untuk sembuh, sambil mencadangkan ia mungkin menjadikan tubuhnya lebih sukar untuk melawan virus.

Gejala yang dialaminya adalah ringan dan menurut saintis tubuhnya diserang 'keseimbangan dinamik' dengan virus tersebut.

Satu kajian mengenai kes itu diterbitkan pada 27 Mac di laman medRxiv untuk kertas perubatan dan belum diteliti atau diperiksa oleh rakan saintis lain.

Ujian swab Covid-19 menunjukkan bahawa selama 49 hari, pesakit dari China yang tidak dinamakan itu 'menyimpan' virus itu dalam pernafasannya melalui titisan (droplet).

Pada kebiasaannya mengikut purata, virus itu kekal selama 20 hari dan paling lama direkodkan selama 37 hari.

Pesakit itu pergi ke hospital di Wuhan untuk ujian pada 8 Februari selepas mengalami demam ringan selama seminggu tetapi tidak mempunyai gejala lain berkaitan dengan Covid-19, seperti batuk.

Dia juga mempunyai luka jangkitan pada paru-parunya tetapi pulih tidak lama selepas diberikan rawatan.

Pesakit didapati mempunyai jangkitan Covid-19 yang tinggi tetapi indikator sel imunnya kekal stabil.

Penyelidik dari Universiti Perubatan Angkatan Darat di Chongqing berkata virus dan pesakit malah boleh membentuk 'hubungan simbiosis'.

Menggunakan terapi berasaskan darah yang digunakan di China dan di UK serta AS, doktor mengepam pesakit dengan plasma dari seseorang yang telah pulih dari Covid-19 dan telah membangunkan antibodi untuk penyakit yang ada padanya. -Metro UK

Covid-19, penyelidik, virus, baharu

Artikel Lain