KECOH apabila orang ramai yang lalu lalang di Jalan Pesanggrahan, Kembangan, Jakarta Barat memandang serong kehadiran seorang lelaki yang terdampar di sisi sebuah motorsikal. Keadaannya yang mencurigakan menyebabkan ramai yang tidak berani mendekatinya. Bahayanya wabak yang menular ketika ini menyebabkan orang ramai begitu berhati-hati dengan apa yang dilihat dan perlakuan mereka setiap hati. Dalam kes lelaki itu, gambarnya yang tidak terurus telah tular di media sosial hingga ada yang menganggap dia terkena jangkitan koronavirus. Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati Covid-19 bukan punca lelaki itu berkeadaan sedemikian. Ketua Kampung Kembangan, Joko Mulyono memberitahu, pemuda itu sebenarnya dalam keadaan mabuk. "Lelaki itu mabuk, ketika rondaan dijalankan dan pihak keselamatan menghubungi ambulans dia melarikan diri," katanya. Pihak keselamatan mempergiatkan rondaan di semua kawasan terutama di zon mereah untuk memastikan penduduknya tidak berkumpul dan kekal diam di rumah.-kompas.com