suria

Mengamuk awek menari dengan orang lain, lelaki kejam tikam 26 kali

Keith Rizzo menerima hukuman penjara minimum 22 tahun kerana membunuh kekasihnya. Foto Daily Record

SEORANG lelaki dihukum penjara kerana membunuh teman wanitanya selepas berang pasangannya itu menari dengan orang lain.

Keith Rizzo membunuh kekasihnya, Neomi Smith berusia 23 tahuh, dengan kesan tikaman sebanyak 26 kali.

Rizzo yang juga berusia 23 tahun kemudian memberikan gambaran bagaimana gadis itu menjadi mangsa oleh dua lelaki misteri.

Neomi Smith maut dalam kejadian di Brechin, Scotland, tahun lalu. Foto PA

Juri bagaimanapun mengesan pembohongan Rizzo dan sebulat suara bersetuju bahawa dia bertanggungjawab terhadap pembunuhan kejam yang berlaku di Brechin, Angus, Scotland, pada 9 Jun tahun lalu.

Pada Isnin, dia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan minimum 22 tahun di atas pertuduhan kerana membunuh, di Mahkamah Tinggi Glasgow.

Rizzo mempunyai rekod penderaan domestik dan dikenal pasti pernah menyerang mangsa sebelum ini. - Mirror

awek, bunuh, menari

Artikel Lain