suria

Covid-19: Dua beradik sebak tonton pengebumian ibu menerusi Face Time

Tracy dan Teresa sebak melihat pengebumian ibunya menerusi Face Time.

DUA beradik gagal menahan sebak apabila terpaksa 'menghadiri' pengebumian ibu mereka yang maut akibat Covid-19 menerusi Face Time.

Tracy Dilka dan adiknya Teresa memeluk antara satu sama lain dan menangis ketika menyaksikan upacara pengebumian ibu mereka, Marty Evans, 85, menerusi perkhidmatan panggilan video itu.

"Ia amat menyakitkan. Kami tidak boleh mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir kepadanya," kata Tracy.

Tracy tinggal di Weld County, dekat Greely, Colorado manakala ibunya pula menetap di Yuma County.

Sekatan perjalanan dan hanya beberapa individu dibenarkan untuk hadir pengebumian tersebut memaksa Tracy dan Teresa menonton proses tersebut melalui Face Time.

Marty dijangkiti virus itu pada akhir Mac lalu dan keadaannya semakin merosot beberapa hari lalu. - Metro.co.uk

Face Time, Covid-19, Marty Evans

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan