SEORANG penjawat awam Amerika yang mendedahkan skandal di antara mantan presiden, Bill Clinton dengan seorang pelatih di White House, meninggal dunia pada Rabu. Linda Tripp meninggal dunia pada usia 70 tahun akibat kanser pankreas, demikian kenyataan keluarganya kepada media tempatan. Linda membuat pendedahan rakaman perbualan antara dirinya dengan Monica Lewinsky, yang menjadi titik tolak percubaan untuk menjatuhkan Presiden AS itu pada 1998. Difahamkan, Linda yang pada ketika itu bertugas di Pentagon, bersahabat baik dengan Monica sungguhpun perbezaaun umur mereka adalah 24 tahun. Dia mengetahui Monica menjalin hubungan seks dengan Clinton dan kemudian secara sembunyi merakam perbualannya dengan wanita itu. Linda kemudian menyerahkan pita rakaman itu kepada Kenneth Starr, pendakwa raya khas yang mengetuai penyiasatan ke atas pentadbiran Clinton. Skandal seks tersebut menjadi antara sebab utama pemecatan Clinton sebagai Presiden AS. - BBC.Com