suria

Pemandu Uber sempat hantar mesej terakhir minta keluarga doakannya - “Dia bimbang seorang penumpang kerap batuk”

Ayub Akhtar sempat menghantar mesej supaya mendoakannya, sebelum meninggal dunia. Foto GoFundMe

SEORANG pemandu kenderaan e-hailing, Uber maut dijangkiti Covid-19.

Sebelum kematiannya, dia menyuarakan kebimbangan mengenai seorang wanita yang berulang kali batuk di dalam kenderaannya.

Ayub Akhtar meninggal dunia akibat virus itu di sebuah unit rawatan rapi (ICU), pada Jumaat minggu lalu.

Pemuda berusia 33 tahun yang berasal dari Norwood di selatan London, menghantar mesej kepada keluarganya dari hospital yang meminta supaya mendoakannya, sebelum meninggal dunia.

Bercakap kepada Mail Online, abang Akhtar, Yasser memberitahu keadaan kesihatan adiknya semakin merosot.

Keluarganya memberitahu bahawa wanita yang menggunakan perkhidmatan Akhtar berulang kali batuk sepanjang perjalanan.

Susulan kejadian itu, dia menyuarakan kebimbangannya kepada ahli keluarga dan menganggap wanita itu dijangkiti virus.

"Dia beritahu kami mengenai seorang penumpang wanita di tempat duduk belakang kerap batuk, dan keadaan itu membimbangkannya," katanya.

Tidak lama kemudian, Akhtar yang menetap bersama ibu dan adik-beradiknya mula menunjukkan gejala sebelum dimasukkan ke hospital akibat Covid-19. - Daily Star

pemandu, Uber, batuk, Covid-19, maut

Artikel Lain