suria

Penyelia jururawat positif Covid-19 maut beberapa bulan sebelum pencen

Sara sempat bergambar bersama Boris tahun lalu.

SEORANG penyelia jururawat yang bergambar dengan Perdana Menteri Boris Johnson meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 beberapa bulan sebelum dia bersara.

Sara Trollope yang bertugas di Hospital Hillingdon menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Umum Watford selepas disahkan positif Covid-19.

Ibu kepada empat orang anak itu berkhidmat selama 33 tahun sebagai petugas kesihatan di hospital (NHS).

Rakan sejawatan turut memberi penghormatan terakhir kepada Sara yang menyifatkan pemergiannya satu kehilangan besar kepada mereka.

"Sara seorang yang tidak pentingkan diri, berdedikasi dan baik terhadap pesakit.

"Dia contoh kepada kita semua," kata pengarah perubatan Dr Paul Hopper.

United Kingdom kini merekodkan 917 kematian baru pada Sabtu, menjadikan jumlah maut akibat wabak itu seramai 9,875 orang.

Lebih 30 kakitangan kesihatan maut akibat virus tersebut. - Metro.co.uk

Sara, maut, penyelia jururawat, Covid-19

Artikel Lain