suria

“Sangat panas...” - Tukang gunting rambut pakai PPE, kini lebih hargai petugas perubatan

Herman menggunakan plastik untuk mengubahsuai PPE yang dipakainya ketika menggunting rambut pelanggan.

BAGI memastikan tiada jangkitan Covid-19 merebak di premisnya, tukang gunting rambut ini memastikan dia bersiap sedia ketika memberi khidmat.

Tukang gunting rambut, Herman Maulanasyah di daerah Ciawi, wilayah Bogor, Jawa Barat dianggap berpenampilan unik ketika melayani pelanggannya.

Herman mengenakan alat perlindungan diri (PPE) yang dibuat dan diubahsuai sendiri.

PPE hasil kreativitinya itu mula dipakainya sejak 24 Mac lalu.

Kata Herman, dia menggunakan plastik untuk melindungi tubuhnya, manakala penutup mata dan kepala sememangnya sedia ada dan telah dimodifikasi.

Selain itu, lelaki berkenaan juga mengenakan kasut but hingga ke bawah aras lutut ketika memberi khidmat kepada pelanggan.

"Fungsinya sebagai perlindung diri," katanya seperti dipetik Antara.

Selain itu, katanya, pemakaian PPE itu juga sebagai langkah sosialisasi dan menghargani khidmat petugas perubatan.

Katanya, sejak mengenakan PPE, barulah dia tahu bagaimana sukarnya melakukan tugas harian apabila memakainya.

"Ternyata baju ini sangat panas dan petugas perubatan perlu memakainya 12 jam tanpa makan dan minum," katanya.

Sehubungn itu, Herman mengajak masyarakat mendoakan kesejahteraan petugas perubatan ketika berdepan saat mencabar akibat penularan wabak berbahaya ini.-kompas.com

Bogor, gunting rambut, PPE, Covid-19

Artikel Lain