suria

Dalam hospital pun ada kecurian... petugas wad Covid-19 kecewa basikal miliknya hilang

Lauren kecewa basikal miliknya dicuri.

SEORANG pegawai perubatan yang berkhidmat untuk wad Covid-19 kecewa apabila basikal miliknya dicuri di hospital.

Menurut Lauren O'Hara, dia bertugas di Hospital Universiti Queen Elizabeth, Glasgow dan kejadian itu berlaku pada Selasa lalu.

Kata gadis berusia 23 tahun itu, dia menggunakan basikal untuk berulang-alik dari tempat kerja ke hospital.

"Untuk fikir bahawa ada orang tergamak buat macam ni sewaktu Covid-19 sedang melanda, ia amat memilukan.

"Saya rasa sangat sedih apabila menyedari basikal dicuri," ujarnya.

Kata Lauren lagi, rakaman CCTV juga tidak merangkumi kawasan dia meletakkan basikal sekaligus menyukarkan usaha mengesan suspek.

Tambah Lauren, aktiviti berbasikal membolehkan dia menghilangkan stress selepas seharian penat bekerja di wad Covid-19.

"Kerja memang penat sekarang. Berbasikal bantu saya tenangkan fikiran," ujarnya.

Katanya lagi, basikal itu juga merupakan pemberian bapanya. - Daily Star.

hospital, basikal

Artikel Lain