suria

Doakan frontliner kesihatan dijangkiti Covid-19, lelaki ini dicekup polis

Komen negatif itu didakwa dibuat kerana pernah mendapat layanan buruk di sebuah hospital.

TINDAKAN lelaki ini memberi komen negatif di Facebook terhadap barisan frontliners membawa padah apabila ditahan polis.

Lelaki itu dari daerah Luhak, Wilayah Limapuluh Kota di Sumatera Barat.

Dikenali sebagai D, lelaki itu telah mendoakan supaya petugas perubatan menjadi korba koronavirus.

Komennya itu telah mendapat kecaman ribuan netizen.

Susulan itu, Ikatan Doktor Indonesia (IDI) dan Persatuan Jururawat Nasional Indonesia Kota Payakumbuh telah membuat laporan polis terhadap lelaki itu.

Hasil siasatan polis, lelaki itu perlu melalui pengalaman buruk ketika mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital.

Hal itu menjadi antara punca D membuat komen negatif di media sosial mengenai barisan petugas hadapan kesihatan itu.

"Lelaki itu mengaku dia dan keluarganya pernah dilayan kurang baik di sebuah hospital," kata Ketua Polis Payakumbuh, Dony Setiawan.

Polis mendapati lelaki itu telah melanggar Undang-Undang Maklumat dan Transaksi Elektronik mengenai penyebaran informasi dengan memuatnaik penghinaan hingga mencemar nama baik pihak tertentu.

Katanya, ketika ditahan di kediamannya, polis merampas sebuah telefon bimbit dan membuat tangkapan skrin postingnya di Facebook atas nama nola.bundanyaasraf.

Sebelum ditahan, lelaki itu mendakwa akaun Facebook isterinya telah digodam, malahan suspek juga sempat bergambar dengan anggota polis.

"Curiga dengan perlakuan lelaki itu, pihak polis telah menahannya dan barulah dia mengakui perbuatannya," kata Dony.

Jika disabitkan kesalahan, lelaki itu boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum enam tahun atau denda Rp 1 bilion (RM280,000).-kompas.com

Payakumbuh, Covid-19, Facebook

Artikel Lain