suria

‘Kembar’ Angelina Jolie positif Covid-19, terpaksa guna ventilator

'Kembar' Angelina Jolie itu dilaporkan mendapat jangkitan wabak Covid-19 ketika di penjara. Foto: Instagram Sahar Tabar

WANITA yang melakukan puluhan pembedahan plastik gara-gara mahu kelihatan seperti aktres Angelina Jolie, dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti koronavirus atau Covid-19.

Fatemah Khishvand atau lebih dikenali sebagai Sahar Tabar, 22, dilaporkan mendapat jangkitan wabak berkenaan ketika berada di dalam penjara kerana menjalani hukuman di atas kesalahan jenayah budaya dan kerosakan moral.

Ketika ini wanita tersebut dilaporkan sedang menggunakan ventilator untuk membantunya bernafas.

Peguam hak asasi manusia, Payam Derafshan memberitahu Pusat Hak Asasi Manusia di Iran: "Kami rasa ia tidak dapat diterima bahawa wanita muda itu kini dijangkiti koronavirus dalam keadaan seperti ini ketika perintah penahanannya telah dilanjutkan selama ini di penjara."

Tabar ditahan pada Ogos tahun lalu dan menghadapi tuduhan menghasut ke arah keganasan, memperoleh pendapatan dengan cara yang tidak sesuai dan mendorong para belia melakukan rasuah, menurut sebuah agensi berita Iran.

Tabar menjadi terkenal di Instagram pada 2018 setelah memuat naik gambar wajahnya yang diubah melalui pembedahan plastik.

Sebilangan besar foto dan video yang dikongsi dengan pengikutnya juga telah banyak disunting untuk menampakkan wajahnya menyerupai Jolie.

Iran kini merekodkan hampir 5,000 angka kematian akibat Covid-19. Namun angka sebenar dikatakan lebih tinggi daripada jumlah tersebut. - Metro.co.uk

Artikel Lain