suria

Ajal ketika terkandas gara-gara ‘lockdown’... pasangan pelancong terbunuh dalam serangan maut di Mexico

Pat Landers dan teman wanitanya, Karla Baca (gambar kecil) meninggal dunia selepas kenderaan jenis Jeep yang dinaiki mereka terkena tembakan bertalu-talu di Juarez. Foto: Facebook

SEPASANG pelancong Amerika Syarikat yang terkandas di Mexico gara-gara pelaksanaan perintah berkurung yang dikuatkuasakan bagi mengekang penularan Covid-19, terbunuh dalam satu serangan maut.

Pat Landers, 32, dari New York dan teman wanitanya, Karla Baca, meninggal dunia selepas kenderaan jenis Jeep yang dinaiki mereka terkena tembakan bertalu-talu.

Pasangan itu sedang memandu di sebatang jalan di Juarez, Mexico ketika kenderaan mereka dihujani peluru.

Polis melaporkan sekurang-kurangnya 20 kesan tembakan peluru ditemui pada kenderaan pasangan itu.

Sementara itu pihak berkuasa tempatan menyatakan bahawa kejadian ganas di Mexico baru-baru ini ada kaitan dengan kartel dadah.

Landers meninggalkan seorang anak lelaki bernama Cameron dari hubungan sebelumnya, dan dia menjalinkan hubungan dengan Baca sejak empat bulan lalu sebelum insiden tragis tersebut.

Daily Mail melaporkan lebih daripada 100 pembunuhan telah berlaku di bandar tersebut pada bulan April.

Angka tersebut begitu mengejutkan walaupun bandar berkenaan sedang menguatkuasakan perintah berkurung sejak 23 Mac lalu bagi mengekang penularan Covid-19. - Dailystar

lockdown, Juarez, kartel dadah, pelancong, ajal

Artikel Lain