suria

Hanya mampu lawat dari jauh... isteri sempat tatap wajah selama 15 minit sebelum suami meninggal dunia akibat Covid-19

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga selama 16 tahun dan dikurniakan empat cahaya mata. Foto: BPM

SEORANG isteri hanya sempat berpeluang menatap wajah suaminya buat kali terakhir selama 15 minit sebelum pasangannya itu menghembuskan nafas terakhir akibat Covid-19.

Joanna Parker bergegas ke Hospital Queen, di Romford, barat London, untuk berada di sisi suaminya selepas keadaan lelaki itu tenat pada 11 April lalu.

Namun, Joanna tidak dapat memeluk mahupun mencium suaminya kerana risiko penularan wabak berkenaan.

Sungguhpun tidak boleh berada terlalu dekat, wanita itu berkata dia berjaya membuatkan suaminya tersenyum.

Dia dihubungi oleh pihak hospital pada keesokan harinya yang memaklumkan bahawa suaminya telah meninggal dunia.

Bapa kepada empat orang anak itu dimasukkan ke hospital pada 10 April sebelum dipindahkan ke unit rawatan rapi.

Hospital mengesahkan dia meninggal dunia akibat Covid-19, asma dan radang paru-paru. - Metro.co.uk

suami, isteri, Covid-19, lawat

Artikel Lain