suria

Ada dakwaan Kim Jong Un ‘menghilang’ selepas pengawal peribadi disyaki hidap Covid-19

Korea Utara nafi Kim Jong Un sudah meninggal dunia. Foto: KCNA/EPA-EFE/Shutterstock.

PELBAGAI spekulasi bertiup kencang mengenai keadaan semasa pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.

Selepas dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu malam, Korea Utara tampil menafikan berita itu.

Malah kata penasihat polisi asing presiden Korea Utara, Moon Chung-in, Kim Jong Un masih hidup dan sihat.

Dia kini berada di Wonsan, sejak 13 April lalu.

Namun timbul pula cerita mendakwa Kim Jong Un menghilangkan diri selepas seorang pengawal peribadinya disyaki terkena jangkitan Covid-19.

Spekulasi itu timbul selepas Kim Jong Un tidak menghadirkan diri sewaktu sambutan kelahiran datuknya, Kim Il-sung pada 15 April lalu.

Bagaimanapun, sikap berahsia Korea Utara menyebabkan status kesihatan semasa Kim Jong Un masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini. - Daily Star.

Artikel Lain