SEORANG wanita didakwa dirogol secara beramai-ramai di sebuah sekolah semasa menjalani kuarantin ketika perintah kawalan pergerakan akibat Covid-19. Perkara itu dimaklumkan oleh seorang pegawai polis. Dilaporkan insiden tersebut dikatakan berlaku pada minggu lalu di Rajasthan, India. Mangsa yang merupakan pekerja yang menerima upah harian itu meminta perlindungan dibawa oleh polis ke sebuah sekolah. Pihak berkuasa pada Ahad berkata, wanita berjalan seorang diri sejauh berkilometer dan sesat dalam perjalanannya untuk pulang ke kampung, sebelum ke balai polis. Pegawai kemudian menempatkannya di bangunan sekolah untuk bermalam disebabkan tiada pusat kuarantin. Dia bagaimanapun didakwa dirogol oleh tiga lelaki. Mangsa yang berusia antara 40 dan 45 tahun dalam keterangan kepada polis berkata, dia berjalan selama beberapa hari dari daerah Sawai Madhopur di Rajasthan sebelum sampai ke sebuah kampung, di lokasinya dia dirogol. Timbalan Superitendan Parth Sharma di Sawai Madhopur berkata, wanita itu dihantar ke pusat kuarantin tempatan untuk ujian Covid-19. "Kita tidak tahu berapa lama dia seorang, dan dengan siapa dia mempunyai kontak dan keputusan ujian dia belum diketahui," katanya sambil menambah seorang anggota polis digantung tugas kerana kecuaian. - Mirror